Kata Alu-Aluan Pengetua

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Laman SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) adalah merupakan laman rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (2), 17500 Tanah Merah, Kelantan. Laman ini berperanan sebagai penghubung warga sekolah dengan masyarakat, sektor pendidikan dan serata dunia. Selain daripada mewujudkan saluran maklumat mengenai sekolah, laman ini juga adalah sebagai satu medium bagi para guru dan pelajar melibatkan diri di dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Saya berharap laman ini dapat memberi seberapa banyak maklumat pendidikan dan mewujudkan komuniti maya diantara warga sekolah dan masyarakat.

Dalam era teknologi maklumat ini, kita semua memerlukan pengetahuan dan persediaan yang cukup. Tanpa kemahiran dan pengetahuan penguasaan maklumat akan menyebabkan generasi kita nanti akan ketinggalan. Oleh itu dengan adanya Laman SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) ini dapat menjadi wadah atau jalan kepada anak-anak kita untuk menguasai kemahiran dan pengetahuan teknologi maklumat.

Semoga Laman SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) ini akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang ingin mendapat maklumat sekolah dan maklumat lain yang berkaitan dengan dunia pendidikan. Akhir kata, Selamat Maju Jaya dan Selamat Datang ke Laman Web kami.

HJH. PAH FATIMAH BT SAYED SETAPA
Pengetua SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (2)

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: