Info Kesihatan dan Kebersihan

TAKRIF KESIHATAN 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai: “Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan sakit” Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif. Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.

TAKRIF KEBERSIHAN

Kebersihan adalah keadaan yang bebas dari kotoran, termasuk di antaranya, debu, sampah, dan bau. Pada zaman moden ini, setelah Louis Pasteur menemui proses penularan penyakit atau infeksi yang disebabkan oleh mikrobakteria, kebersihan juga bererti bebas dari virus, bakteria patogen, dan bahan kimia berbahaya.
Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan kesihatan yang baik. Manusia perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sehat, tidak berbau, tidak menyebarkan kotoran, atau menularnya kuman penyakit bagi diri sendiri mahu pun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti mandi, menggosok gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih.
Mencuci adalah salah satu cara menjaga kebersihan dengan memakai air dan sejenis sabun detergen. Mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan produk kebersihan tangan merupakan cara terbaik dalam mencegah penularan influenza dan batuk.
Kebersihan lingkungan adalah kebersihan tempat tinggal, tempat bekerja, dan berbagai sarana umum. Kebersihan tempat tinggal dilakukan dengan cara mengelap jendela dan perabot, menyapu lantai, mencuci peralatan masak dan peralatan makan, membersihkan bilik mandi dan jamban, serta membuang sampah. Kebersihan lingkungan dimulai dari menjaga kebersihan halaman dan, dan membersihkan jalan di depan rumah dari sampah.
Tingkat kebersihan berbeza-beza menurut tempat dan kegiatan yang dilakukan manusia. Kebersihan di rumah berbeza dengan kebersihan bilik bedah di hospital, sedangkan kebersihan di dapur berbeza dengan kebersihan di tempat awam.

APAKAH KAITAN KEBERSIHAN DENGAN KESIHATAN DIRI ?? 

Kebersihan sangat berkait rapat dengan kesihatan diri. Jika seseorang itu tidak menjaga kebersihan diri, dia akan mudah dijangkiti penyakit yang merbahaya. Sebagai contoh, jika seseorang itu tidak mandi dengan sempurna, dia akan mudah dihinggap penyakit kulit seperti panau, kayap, dan sebagainya. Kuman, bakteria dan pelbagai lagi mikroorganisma yang membawa pelbagai penyakit berjangkit yang merbahaya sangat suka tinggal di tempat yang kotor. Langkah langkah menjaga kebersihan diri akan diterangkan di laman ini.

CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI 

1. Basuh tangan sebelum makan (amalkan 7 langkah basuh tangan)
2. Pakai pakaian yang dibasuh untuk mengelakkan daripada berbau dan penyakit kulit
3. Bersihkan kawasan persekitaran (tempat tinggal) / buang sampah di tempat yang dikhaskan (tong sampah).
4. Bersihkan badan dengan membersihkan setiap anggota badan.
5. Elakkan daripada memasuki rumah dengan berkasut/selipar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: