Sejarah Sekolah

PENGENALAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Tanah Merah, Kelantan. Sekolah ini mula dibuka pada 06 Januari 2002. Bangunannya didirikan di atas tanah seluas 12.9 ekar dan menelan belanja RM 9.6 juta. Sekolah ini dikategorikan dalam sekolah gred “B”. Pada awal penubuhannya hanya pelajar tingkatan 1 didaftarkan, manakala, pengambilan pelajar ke tingkatan 4 bermula pada 2003.

Pada tahun 2004, sekolah telah ditempatkan Kelas Rancangan Khas PDD Tanah Merah/Jeli, di mana pelajar yang mendapat 3A dan 4A dalam UPSR sahaja dipilih dan ditempatkan di tingkatan satu sekolah ini. Tahun 2004 juga merupakan tahun pertama pelajar sekolah ini menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pada tahun 2005, pelbagai aktiviti dan peristiwa penting telah berlaku di SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 2. Antara peristiwa adalah sekolah telah terpilih menyertai Pertandingan Keharmonian dan Keceriaan (2K) Peringkat Kebangsaan. Sekolah juga telah melaksanakan pelancaran “Program Budaya Salam dan Terima Kasih” dan peristiwa ini telahpun disiarkan di akhbar Utusan Malaysia pada 16 Jun 2005.
Pada tahun 2006, 3 buah Kelas Rancangan Khas JPN Kelantan di mana hanya pelajar mendapat 3A dan 2B ke atas dalam UPSR sahaja ditempatkan. Sekolah mewakili negeri Kelantan ke peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Puisidra Sains. Projek Mega yang dilaksanakan pada tahun ini ialah Pencapaian 100% PMR dan 100% SPM. Menerima 3 Anugerah Kecemerlangan PMR peringkat Negeri Kelantan iaitu Tempat Pertama : Pencapaian Tertinggi Peratusan Am Sekolah Kawalan PPD (98.88%), Tempat kedua – Lompatan Saujana : Pencapaian Tertinggi (25.09%) dan Pencapaian GPS Bawah 2.0 (1.79)

Pada tahun 2007, sekolah dijadikan Pusat Latihan Memanah Negeri Kelantan. Pasukan memanah sekolah telah menunjukkan pencapaian cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

SEKOLAH SALURAN

Sekolah saluran bagi Tingkatan 1 (Menengah Rendah) ialah pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan, iaitu :

1. SK TEBING TINGGI
2. SK KULIM
3. SK TANAH MERAH 2

Pelajar-pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya 3A 2B sahaja dalam peperiksaan UPSR akan ditempatkan dalam Kelas Rancangan Khas (KRK).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: