Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfirti 2011
TARIKH : 8 SEPTEMBER 2011 (KHAMIS)
TEMPAT : DATARAN TITAH PADUKA
ANJURAN: KELAB GURU DAN KAKI TANGAN 2011
Larian Serentak 1 MURID 1 SUKAN Tahun 2011
TARIKH : 2 JULAI 2011 (SABTU)
TEMPAT: PADANG SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA (2)
Pengenalan :
Dasar 1M1S mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.
Matlamat:
Dasar 1M1S berhasrat untuk,
1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.
2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.
Objektif :
Dasar 1M1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut:
1. Meningkatkan kecergasan jasmani.
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.
Majlis Sambutan PK HEM

EN. MOHD SAUFI BIN IBRAHIM
(PK HEM)
TARIKH: 25 MEI 2011 (RABU)
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
ANJURAN: KELAB GURU DAN KAKI TANGAN SMKDMPR2
Majlis Perpisahan

EN. NUBLI B. HJ AB LATIF
(Dinaikkan pangkat : PK Pentadbiran, SMK Belimbing)

EN. MUHAMAD BIN HASSAN
(Dinaikkan pangkat : Guru Kanan, SM Tanah Merah 2)
TARIKH: 25 MEI 2011 (RABU)
PROGRAM MOTIVASI DAN AKU JANJI PELAJAR SPM 2010/2011
TARIKH : 23 OKTOBER 2010 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN PADUKA
PENCERAMAH : YBRS. TN HJ KHAIRUL ANWAR BIN HJ KHAIRUDDIN
(Pengetua SMK Bunut Susu)
MAJLIS SAMBUTAN HARI KOPERASI SEKOLAH 2010
TARIKH : 4 HINGGA 8 JULAI 2010
TEMA : KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2010
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SMKDMPR(2) 2010
TARIKH : 16 MEI 2010 (AHAD)
TEMPAT : DATARAN TITAH PADUKA
TEMA : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
MAJLIS PELANCARAN “JOM KE SEKOLAH”
TARIKH : 07 APRIL 2010 (RABU)
TEMPAT : DATARAN TITAH PADUKA
PERASMIAN OLEH : YBRS. EN. CHE ABDULLAH BIN MOHD
(Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah)
PROGRAM “JOM KE SEKOLAH”
PENDAHULUAN
Kejayaan seseorang pelajar selalu dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan pelajar semasa proses prngajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua pelajar cemerlang menyatakan bahawa rahsia utama kejayaan mereka adalah memberi fokus dan tumpuan semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke sekolah merupakan asas dalam menjayakan proses penyampaian ilmu kepada pelajar. Pelajar yang hadir ke sekolah berpeluang memberi perhatian dan fokus semasa belajar dan sebaliknya pelajar yang tidak hadir tidak akan mendapat apa-apa. Kevin Paul (1996) menyatakan, “in every bad class there is something to be learned – but not if you aren’t there”. Di dalam Islam menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu amat besar pahalanya dan orang yang menghadirkan diri dalam majlis ilmu akan mendapat keampunan Allah. Malah apa yang lebih membimbangkan ialah pelajar yang tidak hadir ke sekolah atau ponteng sering pula terlibat dengan pelbagai masalah atau gejala sosial yang lain seperti melepak, mencuri, merokok, berpeleseran dan sebagainya.
1.0 RASIONAL
Sering kali kita perhatikan bahawa pelajar-pelajar yang lemah dan gagal dalam peperiksaan merupakan golongan pelajar yang kerap tidak hadir ke sekolah. Data kehadiran pelajar sekolah ini antara bulan Ogos hingga Oktober 2009 dan Jan hingga Feb 2010 menunjukkan purata kehadiran pelajar adalah 94.0 peratus. Dapatan ini menunjukkan bahawa jumlah yang tidak hadir ke sekolah adalah kurang 6 peratus sepanjang bulan, yang merupakan satu jumlah yang agak besar. Jumlah peratus pelajar yang tidak hadir ini tentulah pula akan turut menyumbang kepada peratus penurunan kecemerlangan akademik pelajar kerana walaupun sekolah mengadakan pelbagai program ke arah peningkatan akademik pelajar tetapi usaha tersebut tidak sampai kepada sasaran yang sebenar disebabkan mereka tidak hadir ke sekolah. Justeru, program Jom Ke Sekolah ini diharapkan akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan kita semua, terutama sekali Unit Hal Ehwal Murid dalam membantu kecemerlangan sekolah dengan memaksimakan jumlah kehadiran pelajar ke sekolah.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan peratus kehadiran pelajar ke tahap 100 peratus.
2.2 Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran pelajar yang efisyen dalam mengawal prestasi kehadiran pelajar.
2.3 Mengurangkan gejala disiplin dalam kalangan pelajar, terutama sekali gejala suka ponteng.
2.4 Meningkatkan keprihatinan warga sekolah dan ibu bapa dalam menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan pelajar.
2.5 Meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik dan kokurikulum.
3.0 PELAN TINDAKAN
3.1 Pembentukan JK dan Mesyuarat JK ‘Jom Ke Sekolah’ peringkat Sekolah
3.2 Taklimat Kepada Semua Guru
3.3 Pelancaran program “Jom Ke Sekolah” peringkat sekolah
3.4 Laporan bulanan kehadiran pelajar (hantar setiap 3hb)
3.5 Operasi ponteng
3.6 Program Khas Pelajar
3.7 Ceramah Keibubapaan peringkat sekolah
3.8 Penilaian program
3.9 Sebaran aktiviti dan makluman melalui Laman Web Sekolah

